Sunday, January 31, 2010

KURSUS CINDAI

Pelajaran cindai adalah pelajaran tahap yg tertinggi
pergerakkan yg cukup licik dan mampu memudaratkan musuh dlam hanya berberapa saat

SAJAK GAYONG

Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan haruslah diserta

Seni Gayong payung pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan di purbakala
Ilham menyusun zahir semula

Lembaganya bersih nyawanya suci
Berseru kepada putera dan puteri
Agama yang mulia junjunglah tinggi
Belalah bangsa, adat dan negeri

Gayong mencantum bersatu padu
Mengingatkan junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju

Besi kuning besi kesakti
Anak panah Sang Rajuna
Kembali Gayong kebudayaan asli
Di Tanah Melayu hulubalang tua

Tempana Nipis nama asalku
Keris pusaka Ratu Dewangga
Niat derhaka kepada rajaku
Taming menyerah keris pusaka

Tempana nipis asal namaku
Besi tua di Tanah Jawa
Hidup kembali kebudayaan bangsaku
Tidak Melayu hilang di dunia

Majapahit nama negara
Tempat ratu Raja Jawa
Kalau diguna akal bicara
Kebudayaan Melayu subur semula

Seni Gayong seni asli
Dari pusaka ibu pertiwi
Umat Melayu menjunjung tinggi
Akhir hayat tidak dilupai

Seni Gayong sudah terpuji
Dijunjung oleh ibu pertiwi
Pemuda pemudi harus pelajari
Agar Gayong kekal abadi

Seni Gayong seni Melayu
Tidak senang untuk ditiru
Taat setia untuk mengaku
Supaya menjadi lambang Melayu

Seni Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga

LAGU GAYONG

SALAH SILAH PERJALANAN GAYONG MALAYSIA

hasil perjuangan meraka2 inilah kita anak2 bangsa melayu beroleh ilmu persilatan dan dapat d manfaatkan kepada bangsa dan negara....kepada meraka yg telah berja dalam ilmu persilatan ingat la jasa2 meraka ini.....

Saturday, January 30, 2010

GURU GURU GAYONG SUNGAI PETANI

SEGALA JASA MERAKA KEPADA ANAK2 GAYONG AMATLAH KAMI HARGAI TAMPA MERA SIAPA LAH KAMI TAMPA MERAKA TIDAK ADA PELAPIS2 MASA DEPAN...TAMPA MEREKA HILANG LA GAYONG SUNGAI PETANI.....GURU UMPAMA LILIN MEMBAKAR DIRI DEMI KESENANGAN ANAK2 MURIDNYA....GURU INI TIDAK MENGENAL USIA DAN ERTI PENAT LELAH DEMI MELIHAT ANAK MURID MERAKA PANDAI DALAM PERSILATAN.....

PERMAINAN PENTAS PARANG

awas pemainan ini bukan sahaja bahaya pada orang yg ada berhampiran... bahaya juga kepada masyarakat setempat kerana sering kehilangan parang entah lah keja siapa....fikir la sendiri...

MEMOHAN KEIZINAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN

Dalam pertubuhan silat seni gayong apa jua yang ingin di lakukan haruslah memohon keizinan dari pada guru....di sini dapat kita lihat gayong mengajar kita menghormati yang tua@yang lama...yang tua dihormati yang muda di sayangi

Wednesday, January 27, 2010

KEMENANGAN


PERTANDINGAN DAERAH SUNGAI PETANI GELANGGANG SERIWANG TELAH MENDAPAT NO3 ....

PERKEMAHAN GAYONG DI GUNUNG JERAI

PEKEMAHAN INI JUGA MENGAJAR TEKNIK TERJUN DARI GUNUNG JERAI KE BAWAH,,,TEKNIK HARIMAU MENGHEMBUR MANGSA D GUNAKAN...3ORANG TELAH TERKOBAN DALAM TERJUNAN INI MEREKA ADALAH 3 BERSAUDARA....
CARI LA SENDIRI

SERIKANDI AGUNG GAYONG MALYSIA

CIKGU KALSOM@ROKIAH....ADALAH PERJUANG SILAT SENI GAYONG SEHINGA BELIAU MENGHEMBUS NAFAS YANG TERAKHIR BELIAU TETEP MEMPERJUANGKAN GAYONG
AL FATIHAH

CIKGU SHUIB BERSAMA DATO MEOR SEWAKTU PERASMIAN GELANGGANG


kelihatan cg harun di belakang.......
dato meor sentiasa kemas
kemas,jambu,bunga,rempit,samseng.tak semestinya tidak boleh bersilat.....
biar siapa pun kita bangsa melayu mestilah berilmu agar tidak di tindas...
''Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
''

INILAH NAGA YANG SEBENARNYA


BUKAN CACING YA INI ADALAH NAGA YANG SEBENARNYA

SERIKANDI GAYONG MALYSIA


beginilah anda akan merasai jika membuat serikandi gayong malaysia marah
jd jika berlaku seperti gambar di atas kepada anda....mengucap la siap2
jika bergaduh dgn isteri elakkan berlakunya perkara ini.....
kepada kaum lelaki awas kamu

BERSAMA ANAK DATO MEOR RAHMAN CG SAZLIE...

BARISAN PENDEKAR GELANGGANG SRI WANG....

BERSAMA PENGERUSI WARIS BERADAT PULAU PINANG CIKGU DATOK YAKKOP

BIAR PUN BERGAYA
ILMU DI DADA MESTI ADA

BARISAN PENDEKAR BERSAMA SERIKANDI GAYONG MALAYSIA


PERTANDINGAN GAYONG DI SEK TEKNIK JALAN STADIUM

MINYAK UNTUK DI MANDI


minyak ini siap untuk d mandi oleh anak gayong
kekuasaan tuhan minyak yang menggelegak tetepi tidak panas
dan kepada mereka mereka yang ingin mencuba!!! amaran jangan mengunakan minyak goreng ikan....guna minyak goreng ayam boleh....selamat mencuba.....
=)

Tuesday, January 26, 2010

PENTAULIAHAN BENGKONG PELANGI PUTIH KEPADA SERI KANDI

jangan sangka kaum yg lemah tidak dapat menewaskan kaum yg hebat.....

LOMPATAN YG D LAKUKAN DGN PENUH KEBERANIAN

lompatan ini juga boleh d lakukan...untuk ke pasar dan kekedai runcit berdekatan..

PERMAINAN PENTAS


permainan pentas ini memerlukan kecekapan dan juga ketangkasan...
dalam permainan pentas kita di ajarkan kepantasan pergerakan kaki dan tangan...dan uga boleh lari dari penjara dengan mengunakan aksi ini....jgan tiru aksi ini di rumah jika rumah anda ada kipas siling...

HARI UJIAN KENAIKAN BENGKONG

HARIMAU MENGHEMBUR MANGSA


DI GUNAKAN UNTUK MELARIKAN DIRI WAKTU TAK BAYAR MAKAN

Tuesday, January 19, 2010

Apa itu Silat Seni Gayong

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan. Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).Untuk menyempurnakan ilmu silat pengamal mestilah menghayati falsafah yang terkandung di dalam ilmu tersebut. Pada zaman dulu hampir kesemua orang mengamalkan silat. Tetapi cuma beberapa yang layak digelar pendekar. Hanya mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi mampu mencapai tahap ini. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan silat. Setiap perguruan mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri. Tetapi umumnya asas silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan. Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.

Monday, January 18, 2010

BERSAMA PAKNDAK MAJID.....



BERSAMA PAKNDAK MAJID DI KEJOHANA SILAT PERINGKAT DAERAH SUNGAI PETANI KEDAH

Wednesday, January 13, 2010

Thursday, January 7, 2010

LAGU RASMI GAYUNG

DENGAN BISMILLAH MULA DIKATA,
MENGINGATI KEBESARAN ALLAH YANG MULIA,
KERANA WAJIB TELAH TERNYATA,
SEGALA PERBUATAN PERLULAH DISERTA,

SENI GAYONG PAYUNG PUSAKA,
NAUNGAN ANEKA HIKMAT MULIA,
RAHSIA TERSIMPAN DIPURBAKALA,
ILHAM MENYUSUR ZAHIR SEMULA,

NIATNYA BERSIH BAUNYA SUCI,
BERSERU KEPADA PUTERA DAN PUTERI,
AGAMA YANG MULIA DIJUNJUNG TINGGI,
BELALAH BANGSA, ADAT DAN NEGERI,

GAYUNG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGIGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU,

GAYUNG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGIGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU.

NIATNYA BERSIH BAUNYA SUCI,
BERSERU KEPADA PUTERA DAN PUTERI,
AGAMA YANG MULIA DIJUNJUNG TINGGI,
BELALAH BANGSA, ADAT DAN NEGERI,

GAYUNG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGIGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU.

Wednesday, January 6, 2010

disini bermula sejarah pendekar

GELANGANG PLM
gelanggang ini telah melahirkan ramai anak2 muda yg berhati waja dan berjiwa pahlawan.


GELANGANG TSW
perjuangan gelanggang plm telah diteruskan maka lahirlah gelanggang tsw..gelangang ini diharapkan akn melahirkan anak2 muda yg berjiwa kental dan akan meneruskan tradisi2 pahlawan melayu terdahulu utk memperjuangakan Agama,Bangsa dan Negara.



Monday, January 4, 2010

GAMBAR2 KENANGAN

LOMPATAN HARIMAU MENGHAMBUR MANGSA
keterangan gambar : anda fikir supermen sahaja blh terbang..batmen,oltromen,spidermen, malahan postmen juga mampu.


GAMBAR DIATAS MNUNJUKKAN DATO' MEOR ABDUL RAHMAN BERSAMA CIKGU MAJID MAT ISA DAN CIKGU AWANG DAUD
keterangan gambar : ahli2 gayong sekalian..anda perlulah selalu ke gym2 yg berdekatan untuk mengangkat besi dan menjadi seperti mahaguru dan cikgu2 kita suatu ketika dulu.




GAMBAR DIATAS DIRAKAM KAN PADA TAHUN HUJUN 70-AN OLEH PESILAT SENI GAYONG
keterangan gambar : ini lah akan terjadi jika anda menhabiskan mee sedaap seorang diri tanpa berkongsi dgn membe


CIKGU SITI KALSOM MENUNJUKKAN KEHEBATAN BERTEMPUR
keterangan gambar : jaga2 ye para2 suami..dulu laki pukul bini..sekarang pukul la kalau anda mahu diri anda dipukul kembali oleh bini anda..tulunnn!!



SHIDI DAN ZAIRAN BERSAMA 2 ROTAN
keterangan gambar : pesilat dari afrika yg mahir dgn ilmu menghilangkan diri ketika gelap..hahaha


*keterangan gambar disediakan oleh pesilat gayong terhandal..jgn marah ha..gurau2 jek

TAKKAN GAYONG HILANG DI DUNIA

GAMBAR TAHUN 2007




GAMBAR TAHUN 1811

Sunday, January 3, 2010

Amanat Dato' Meor Abdul Rahman


KAJI SEJARAH GAYONG BARU TAHU LA PUSAKA,
KENAL MASAKAN TAK CINTA,
TAHU MASAKAN TAK PELIHARA,
PUSAKA ADALAH HAK KITA,
REKAAN ADALAH SEMENTARA.


JANGAN TEPUK SUSU DIDULANG,
ANAK HARIMAU TAK DAPAT MENYUSU,
JANGAN PECAH RAHSIA HULUBALANG,
NANTI HARIMAU HILANG KUKU,

JANGAN TEPUK DARAH DIDULANG,
ANAK HARIMAU MENCARI IBU,
JANGAN PECAH MENTERA HULUBALANG,
NANTI HARIMAU HILANG ASU.

KALAU ADA DULANG DITANGAN,
JANGAN BIAR JATUH TERHEMPAS,
JIKA ADA SENJATA DITANGAN,
JANGAN BIAR ORANG RAMPAS.


PECAH GAYONG DIDALAM DULANG,
DULANG HANYUT DILAUTAN TUJUH,
PECAH GAYONG PERPECAHAN SAYANG,
DI SATU MASA KEMBALI BERPADU TEGUH.

Friday, January 1, 2010

SRI KANDI TSW



Agak bersopan sri kandi kita ye..jgn sangka perempuan itu lemah.. tangan2 mereka yg menghyun buayaian jgn disangka tidak dpt mengoncang dunia.. so tabiikkK!! spring sama kita punya sri kandi..

Pantun Gayong


JIKALAU ADA DULANG DITANGAN,
JANGAN BIAR JATUH TERHEMPAS,
JIKALAU ADA SENJATA DITANGAN,
JANGAN BIAR ORANG RAMPAS,
TEMPENA NIPIS NAMA ASAL KU,
BESI TUA DI TANAH JAWA,
HIDUP KEMBALI KEBUDAYAAN BANGSAKU,
TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA